Nikmati keselesaan PdP dengan perkhidmatan yang ditawarkan

logo collab

u-Pustaka

Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my.  Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan. Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.

Perkongsian Media: