Nikmati keselesaan PdP dengan perkhidmatan yang ditawarkan

logo collab

Bengkel Literasi Maklumat

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

 

Objektif

  • Mengenalpasti maklumat yang diperlukan dengan menilai secara kritikal melalui kepelbagaian sumber maklumat .
  • Mengaplikasi strategi pencarian maklumat dengan menggunakan kemahiran serta kaedah pencarian maklumat yang berkesan.
  • Menggunakan maklumat yang diperolehi secara beretika.
  • Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.

Perkongsian Media: