Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital
negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan
di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my. Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada
seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga
buku digital. Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium
u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar
yang berpatutan. Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang
merangkumi buku audio, buku elektronik,
majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan
penerbitan kerajaan.